Jenama iHerb dihasilkan oleh Madre Labs, sebuah bahagian di bawah iHerb yang menawarkan jaminan wang dikembalikan 90 hari bagi setiap pembelian.
Kami berdedikasi untuk menyediakan produk kesihatan dan kesejahteraan berkualiti premium yang boleh anda percayai.
Misi kami
Untuk menyediakan produk berkualiti terbaik pada nilai yang hebat untuk anda. Jenama iHerb hanya mempertimbangkan bahan mentah yang dikaji secara menyeluruh, ramuan unik, dan adunan diyakini untuk memastikan produk dikilangkan mengikut piawaian industri tertinggi.
Kualiti Premium
Anda berhak mendapatkan produk yang boleh dipercayai, itulah sebabnya kualiti menjadi keutamaan tertinggi kami. Kami komited untuk memastikan piawaian kualiti sentiasa tinggi pada setiap masa. Semua jenama kami mematuhi piawaian ketat dan Amalan Pengilangan Baik Semasa (cGMP) yang ditetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).
Demi memastikan ketelusan dan tiada prasangka, kami memperkenalkan program eksklusif iTested yang menawarkan maklumat bebas serta berkecuali menerusi kaedah ujian saintifik. Di samping itu, kesemua Jenama iHerb disahkan oleh makmal pihak ke-3 bagi menjamin kualiti dan ketepatan maklumat pada label.
Jaminan Pulangan Wang 90 Hari
Kami begitu yakin dengan produk Jenama iHerb kami sehingga kami menawarkan Jaminan Wang Dikembalikan 90 Hari. Ini bermakna, jika atas apa jua sebab anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda bagiJenama iHerb, pulangkan produk tersebut dalam tempoh 90 hari dan kami akan memulangkan wang anda. (Tidak termasuk cukai dan caj kastam)
Kami komited untuk membawakan jenama inovatif dan berkualiti premium yang mengatasi piawaian industri, jadi pastikan anda mencari label Jenama iHerb pada halaman jenama kami.
Terokai koleksi lengkap Jenama iHerb bermutu tinggi
Produk yang mempunyai logo iTested disahkan oleh makmal bebas dan terakreditasi di A.S. menggunakan kaedah sains yang diiktiraf. Setiap kelompok produk iTested diuji untuk identiti, ketumpatan, dan ketulenannya. Kami menerbitkan keputusan ujian mengikut kelompok supaya anda dapat melihat sendiri secara tepat perkara yang diuji serta keputusannya.