Your preference has been updated for this session. To permanently change your account setting, go to My Account
As a reminder, you can update you preferred country or language anytime in My Account
>
Click to view our Accessibility Statement
checkoutarrow
MY

Cara Membeli di iHerb

Shopping Guide Process
Membeli-belah di iHerb sangat mudah dan cepat. Dapatkan produk-produk iHerb yang dijamin asli dengan melayari laman web rasmi https://ml.iherb.com atau muat turun aplikasi iHerb di App Store atau Google Play. Nikmati penghantaran percuma ke Malaysia untuk jumlah pembelian bernilai antara $40 USD (sekitar RM170) ke $115 USD (sekitar RM470) dengan Skynet. Ikuti 6 langkah mudah berikut untuk membeli belah di iHerb.
1

Daftar akaun baru atau log masuk di iHerb

Jika anda adalah pelanggan baru, daftar akaun baru dengan klik pada  create accountatau log masuk akaun sedia ada dengan menggunakan nombor telefon, emel atau media sosial.
Create Account
2

Pilih negara, bahasa dan mata wang

Pilih negara di mana anda berada, bahasa dan mata wang dengan klik pada ikon “🌎” yang terletak di penjuru atas kanan laman iHerb. Anda juga boleh dapati maklumat seperti cara pembayaran dan penghantaran yang tersedia untuk negara yang dipilih.
Choose CCL Choose Currency
3

Cari dan pilih produk

Cari Produk:

  1. Cari produk dengan memasukkan kata kunci di bar carian.
  2. Guna tab tersedia untuk mencari produk pilihan:
    1. Shop - cari dengan kategori produk
    2. Brands - cari dengan jenama produk
    3. Help With - cari dengan masalah atau keperluan kesihatan. Contoh: masalah jantung atau kesihatan wanita.
  3. Anda juga boleh mencari produk yang ingin dibeli menggunakan tab lain seperti: New items (Produk Baru), Super Deals (Tawaran Hebat), Best Sellers (Produk Terlaris).

Pilih Produk:

Selesai memilih produk, anda boleh klik pada Add to cart yang terdapat di laman produk yang dipilih atau simpan produk untuk pembelian masa depan dengan klik pada Add to lists .

Find Products
4

Lihat semula troli pembelian

Untuk melihat semula troli pembelian anda, klik pada ikon cart yang boleh didapati di penjuru atas kanan laman iHerb.

A

Kemaskini troli pembelian:

Anda boleh menukar kuantiti produk yang telah dipilih, buang produk daripada troli dengan klik pada butang Remove, atau pindah produk ke senarai pembelian masa depan dengan klik pada butang Move to Lists .

B

Kod Promo:

Masukkan kod promo atau kod ganjaran (rewards code) di bahagian Order Summary.Masukkan kod anda di ruangan Apply promo code  dan tekan butang Apply untuk nikmati diskaun bagi pembelian anda.

C

Pilihan penghantaran:

Taip kod pos anda di ruangan Get Shipping Estimates  untuk melihat pilihan kurier penghantaran yang ditawarkan bagi negara pilihan anda. Anda juga boleh dapatkan jumlah harga dan anggaran masa penghantaran di bahagian yang sama. Nikmati penghantaran percuma dengan memilih kurier Skynet bagi pembelian antara $40 USD (sekitar RM 170) hingga $115 USD (sekitar RM470). Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang penghantaran dan kastam di Malaysia.

D

Lanjut ke Checkout:

Setelah anda pasti dengan semua produk dan maklumat penghantaran, klik butang Proceed to Checkout untuk lanjut ke checkout.

Review Cart
5

Sahkan pembelian - Laman Checkout

A

Maklumat Penghantaran:

  • Alamat penghantaran: Masukkan alamat penghantaran di ruangan Billing Address. Anda juga boleh memilih alamat yang pernah disimpan di dalam akaun iHerb anda. My Billing Address
  • Cara penghantaran: Pilih kurier pilihan anda.  Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang penghantaran atau kastam di Malaysia.

B

Cara pembayaran:

Cara pembayaran yang boleh digunakan di Malaysia ialah:

  • MYR (RM): Visa, Maestro, Mastercard, American Express, UnionPay, JCB. USD ($): Visa, Maestro, Mastercard, American Express, UnionPay, Discover Card, JCB, DinersClub, BC Global.

Pilih cara pembayaran yang betul dan masukkan maklumat kad anda untuk membuat pembayaran.

My Payment Details
C

Semak pembelian:

Langkah terakhir untuk membeli di iHerb ialah menyemak maklumat pembelian anda. Pastikan semua maklumat tentang produk, penghantaran dan pembayaran sebelum membuat pembayaran. Selesai menyemak, anda boleh klik pada butangPlace Order untuk sahkan pembelian.

Review Order
6

Periksa status pembelian

Selepas mengesahkan pembelian, anda boleh memeriksa status pembelian dengan pergi ke laman My Account > Orders.

A

Menunggu untuk pembayaran

Apabila anda telah membuat pembelian tetapi belum membuat pembayaran, status pembelian akan terpapar sebagai Pending Payment.

B

Dalam proses

Apabila pembelian telah disahkan dan menunggu untuk dihantar ke alamat yang dipilih, status pembelian akan terpapar sebagai Processing.

C

Telah dihantar

Apabila pembelian anda telah dihantar keluar daripada gudang ke tempat kurier yang dipilih, status pembelian akan bertukar ke Shipped. Anda boleh memeriksa status penghantaran dengan menggunakan nombor pengesanan (tracking number) di laman web rasmi syarikat kurier. Contoh: Skynet Malaysia.

D

Batal

Jika pembelian anda telah dibatalkan, status pembelian akan tertera sebagai Cancel.