Pilihan anda telah dikemas kini untuk sesi ini. Untuk menukar tetapan akaun anda secara kekal, pergi ke Akaun Saya
Sebagai peringatan, anda boleh mengemas kini negara atau bahasa pilihan anda pada bila-bila masa dalam Akaun Saya
> beauty2 heart-circle sports-fitness food-nutrition herbs-supplements pageview
Klik untuk melihat Penyata Aksesibiliti kami
}
checkoutarrow
​Tebus Kad e-Hadiah dengan mudah di iHerb.com atau Aplikasi iHerb:
Ikon Troli
​1. Isi troli anda di aplikasi atau laman web iHerb.com.
Ikon Kad Hadiah
​2. Pergi ke skrin pembayaran, pilih "Tambah kaedah pembayaran baharu" dan masukkan nombor dan PIN Kad e-Hadiah apabila diminta.
Ikon Kotak
​3. Lengkapkan pembayaran dan nikmati produk anda.
​Sudah mempunyai Kad e-Hadiah?

​Soalan Lazim

​Kad e-Hadiah iHerb mudah untuk dibeli, dihadiahkan dan digunakan! Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk Terma & Syarat di bahagian kaki halaman Pilih Reka Bentuk Anda.

  1. ​Bagaimana saya boleh menyemak baki Kad e-Hadiah saya?
    ​Anda boleh menyemak baki Kad e-Hadiah anda di sini​. Masukkan 16 digit nombor kad hadiah, pin, alamat e-mel dan lengkapkan reCAPTCHA apabila diminta. Kemudian pilih "Semak Baki".
  2. ​Adakah Kad e-Hadiah iHerb tamat tempoh atau mempunyai sebarang caj?
    ​Kad e-Hadiah kami tidak tamat tempoh dan tidak ada caj tambahan. iHerb hanya menawarkan Kad e-Hadiah, yang dikirimkan secara elektronik.
  3. ​Adakah wang boleh dikembalikan setelah membeli Kad e-Hadiah iHerb?
    ​Kad e-Hadiah kami tidak boleh dikembalikan atau dipulangkan wang setelah dibeli.
  4. ​Adakah barangan yang dibeli menggunakan Kad e-Hadiah iHerb boleh dipulangkan semula?
    ​Barangan yang dibeli menggunakan Kad e-Hadiah iHerb hanya boleh dipulangkan dalam bentuk Kredit Kedai iHerb (iHerb Store Credit). Sebaik sahaja anda menerima kredit kedai tersebut, ia boleh digunakan serta-merta untuk pesanan seterusnya. Sila ambil maklum bahawa Kredit Kedai iHerb tidak mempunyai tarikh luput dan tidak boleh ditunaikan. 
  5. ​Bolehkah saya menambah nilai Kad e-Hadiah iHerb saya?
    ​Tidak, baki dana tambahan tidak boleh dimasukkan ke dalam Kad e-Hadiah iHerb yang sedia ada. Jika perlu, anda boleh membeli Kad e-Hadiah yang baharu. 
  6. ​Berapakah had amaun nilai yang boleh dimasukkan ke dalam Kad e-Hadiah?
    ​Nilai maksimum bagi setiap baki Kad e-Hadiah ialah $250 USD dan nilai minimum ialah $10 USD. Selain itu, jumlah keseluruhan pembelian Kad e-Hadiah untuk mana-mana individu tidak boleh melebihi sepuluh ribu dolar ($10,000.00 USD) dalam masa satu hari kalendar. 
  7. ​Bolehkah saya menggunakan lebih daripada satu Kad e-Hadiah untuk satu pesanan?
    ​Ya, anda boleh menggunakan beberapa Kad e-Hadiah untuk satu pesanan, sehingga maksimum 10 Kad e-Hadiah bagi setiap pesanan. Sila masukkan maklumat yang diperlukan bagi setiap Kad e-Hadiah semasa proses pembayaran untuk menolak jumlah pembelian anda. Sebaik sahaja Kad e-Hadiah dimasukkan ke dalam akaun anda, anda boleh memilih Kad e-Hadiah mana yang ingin digunakan. Sila ambil perhatian bahawa Kad e-Hadiah tidak boleh digunakan untuk membeli Kad e-Hadiah yang lain. 
  8. ​Kad e-Hadiah saya tidak berfungsi. Apa yang perlu saya lakukan?
    ​Kad e-Hadiah yang baru dibeli mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum ia boleh digunakan. Setiap pembelian Kad e-Hadiah perlu melalui proses kelulusan, saringan penipuan, dan beberapa proses lain sebelum diaktifkan. Jika anda masih tidak dapat menggunakan Kad e-Hadiah tersebut selepas 24 jam, sila semak baki Kad e-Hadiah anda untuk memastikan dana tersedia. Sekiranya masalah berterusan, sila hubungi 1-877-836-5389 atau hantarkan e-mel​ untuk bantuan lanjut.
  9. ​Bolehkah saya menghantar Kad e-Hadiah kepada diri sendiri dan kemudian memajukannya kepada rakan, rakan sekerja atau keluarga?
    ​Ya, anda boleh menghantar Kad e-Hadiah kepada diri sendiri. Semasa membuat pembelian, sila pilih “Ini untuk saya”  di bawah bahagian “Peribadikan”. Kemudian, masukkan maklumat anda di halaman pembayaran. Sebaik sahaja anda menerima Kad e-Hadiah tersebut melalui e-mel, anda boleh memajukannya kepada orang lain. 
  10. ​Saya baru sahaja membeli dan menghantar Kad e-Hadiah, tetapi penerima masih belum menerimanya. Apakah yang perlu saya lakukan? 
    ​Kadangkala, e-mel Kad e-Hadiah mungkin disekat oleh penapis spam. Sila minta penerima untuk menyemak folder spam atau mel remeh (junk mail) mereka. Ada juga kemungkinan alamat e-mel tersalah taip semasa pembelian dilakukan. Sila semak semula alamat e-mel penerima yang anda masukkan dalam e-mel pengesahan pembelian. Anda juga boleh menjejak pesanan anda di sini. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi 1-877-836-5389 atau hantarkan e-mel.
  11. ​Adakah Kad e-Hadiah iHerb tersedia untuk semua negara? 
    ​Kad e-Hadiah iHerb hanya tersedia untuk pelanggan di Amerika Syarikat sahaja. Semua pesanan yang dibuat menggunakan Kad e-Hadiah iHerb hanya boleh dihantar ke destinasi di dalam Amerika Syarikat. Jika anda menetap di Amerika Syarikat dan membeli Kad e-Hadiah untuk seseorang yang tinggal di luar Amerika Syarikat, kad tersebut tidak akan berfungsi untuk mereka. 

​Jika anda masih memerlukan bantuan selepas membaca artikel ini, sila hubungi 1-877-836-5389 atau hubungi kami melalui e-mel​ untuk bantuan lanjut.